Archive › Lampin Lunatots
Logo-Lunatots21908

Senarai Artikel Lampin Kain Lunatots

Logo-Lunatots21908

Lunatots komited dengan usaha menyebarkan kebaikan penggunaan lampin kain untuk bayi.

Berikut adalah artikel yang boleh membantu anda :

Sebagai ibubapa kita selalu mahu memberi yang terbaik untuk anak anak.

Bertukarlah kepada lampin kain untuk memberikan permulaan yang baik kepada bayi anda.

Comments ( 0 )

Update Lunatots

Lunatots di Ekspo Parents & Kids KLCC 30 September hingga 1 September

Comments ( 0 )

Mitos Tentang Lampin Kain Bayi

Penggunaan lampin kain memberi keselesaan dan selamat kepada kulit bayi dan alam sekitar. Ibu bapa berkerjaya kini mempunyai lebih ruang dan pilihan dalam memberikan yang terbaik untuk anak tersayang.

Namun ramai ibu bapa yang mempunyai mitos tersendiri mengenai penggunaan lampin kain moden. Lalu menyebabkan mereka menolak daripada menggunakannya kepada bayi masing-masing.

Mitos 1

Lampin kain moden tidak sesuai dengan keadaan ibu bapa berkerjaya seperti anda.

Hakikat

Lampin kain moden sangat mudah dikendalikan. Tambahan pula, Lunatots menyediakan carta pemakaian lampin yang membolehkan anda menganggar jumlah lampin yang bakal digunakan oleh bayi dalam tempoh sehari. Jadual berkenaan turut sesuai digunakan oleh pengasuh anak-anak sewaktu anda keluar berkerja.

* Jadual ini hanya sebagai anggaran bagi bayi berusia dua bulan ke atas dan bergantung kepada berat bayi dan kekerapannya membuang air kecil dan besar.

Mitos 2

Lampin kain moden mahal

Hakikat

Lampin kain moden sangat menjimatkan perbelanjaan keluarga.

Bagi anda yang memilih untuk menggunakan lampin pakai buang kepada bayi, sedikit sebanyak pasti mengakui bahawa penggunaannya menyebabkan anda menanggung beban kewangan. Anggaran sehelai lampin pakai buang bernilai RM 1 dengan keperluan menukar lampin sebanyak enam kali sehari menjadikannya RM 2190 perlu dikeluarkan daripada poket anda untuk tahun pertama selepas kelahiran bayi.

Selanjutnya RM 6570 merupakan wang yang perlu dibelanjakan untuk membeli lampin pakai buang selama tiga tahun iaitu sepanjang anak anda menggunakan lampin.

Oleh sebab itulah, dengan penggunaan lampin kain moden dapat membantu ramai di kalangan anda berjimat. Anggaran harga sehelai lampin kain moden Lunatots ialah RM 50. Sekiranya lampin yang dibeli ialah 12 helai (di mana enam helai digunakan untuk tempoh sehari) maka jumlah pelaburan ialah RM 600.

Ketahuilah, 12 keping lampin ini, boleh digunakan selama tiga tahun. Malah, boleh turut digunakan untuk anak kedua dan seterusnya. Dalam pada itu, pastikan anda mendapatkan lampin kain moden yang berkualiti dan mempunyai tempoh jaminan dan khidmat nasihat seperti di Lunatots.

Besar bezanya RM 6570 dengan RM 600 bukan? Anda dapat berjimat hampir 100% dengan penggunaan lampin kain moden.

Mitos 3

Tiada masa membasuh lampin kain moden

Hakikat

Membasuh lampin kain moden amat mudah. Apa yang pasti, perlu dimaklumi bahawa anda tidak perlu membasuh lampin kain moden setiap kali selepas ia digunakan. Anda hanya perlu masukkan lampin kain moden ke dalam baldi kering bertutup di dalam bilik air dan bilas kesemua lampin tersebut semasa mandi.

Bagi lampin kain moden yang terkena najis, sembur najis tersebut dengan air mencukupi di dalam mangkuk tandas. Seterusnya bilas lampin berkenaan dengan air sahaja sehingga hilang bau dan najis. Material lampin kain moden memudahkan najis dan warna najis yang melekat ditanggalkan tanpa perlu disental dengan kuat.

Selepas beberapa helai lampin dibilas dengan bersih, masukkan kesemuanya ke dalam beg basuhan (laundry bag) sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Penggunaan laundry bag bertujuan menjaga kualiti butang lampin kain moden. Gunakan sabun pencuci yang sesuai bagi mengelakkan kulit bayi menjadi ruam atau merosakkan material lampin kain moden. Elakkan juga penggunaan pelembut dan peluntur pakaian kerana ia boleh menjejaskan daya serapan lampin kain moden.

Setelah itu, jemur lampin kain moden sehingga kering sama ada di ruang tamu (bagi anda yang bekerja) atau di bawah anjung yang tidak terkena cahaya matahari secara terus. Lampin akan kering dengan cepat dan sedia untuk digunakan semula berulang-ulang kali.

Tip permulaan kepada sistem lampin kain moden

Sekiranya anda membuat pilihan di antara lampin fitted, berpoket, prefold (siap berlipat) atau All In One (AIO), anda perlulah mengambil kira perkara berikut:

  1. mencuba pelbagai jenis lampin mengikut fungsinya
  2. mungkin perlu mencuba satu, dua ataupun tiga jenis lampin kain moden terlebih dahulu agar mudah membandingkan penggunaannya mengikut keperluan bayi anda.
  3. jika anak ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh ketika keluar bekerja, anda boleh menggunakan AIO bagi memudahkan pengasuh menukar lampin bayi anda.

*info tambahan

Lampin kain telah lama digunakan iaitu sejak tahun 1800-an lagi iaitu sebelum bermulanya pengenalan terhadap penggunaan lampin pakai buang di seluruh dunia pada tahun 1950.

 

Comments ( 0 )

Masalah Lampin Pakai Buang (Disposable Diaper)

PERNAHKAH anda melihat kanak-kanak berusia empat tahun ke atas yang cergas dan petah bercakap tetapi masih memakai lampin pakai buang? Tidakkah pada usia ini (terutama apabila sudah pandai bercakap), mereka tidak lagi memerlukan lampin kerana boleh memberitahu ibu bapa jika mahu ke tandas?

 

Ada ibu bapa berpendapat, penggunaan lampin pakai buang yang ditambah dengan ciri-ciri perlindungan tambahan terhadap kebasahan menyebabkan kanak-kanak lambat belajar untuk ke tandas. Walaupun tiada kajian khusus, kanak-kanak yang memakai lampin kain lebih cepat dan mudah diajar untuk ke tandas.

 

Malah ada kanak-kanak tidak lagi memakai lampin apabila memasuki umur dua setengah tahun. Ini kerana lampin kain lebih cepat basah dan menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa. Selepas beberapa ketika, kanak-kanak ini boleh mengaitkan antara rasa hendak kencing dengan ketidakselesaan apabila lampin mereka basah.

 

Kajian mendapati hampir 95 peratus ibu bapa di Amerika Syarikat memilih lampin pakai buang untuk anak mereka. Rasanya keadaan tidak jauh berbeza di negara kita kerana lampin pakai buang kini menjadi pilihan utama, sama ada di kalangan ibu yang bekerja mahupun suri rumah tangga. Antara sebabnya ialah ia lebih mudah, selesa dan praktikal untuk ibu dan anak, terutama jika berjalan jauh. Namun segelintir ibu bapa masih memilih lampin kain atas alasan:

 

•Lebih selesa

 

•Kurang masalah ruam lampin kerana lampin yang dibuat daripada kain kapas mempunyai pengudaraan baik.Ia akan segera ditukar apabila basah dan mengurangkan risiko ruam lampin Bagaimanapun pendapat ini masih dipertikai kerana lampin pakai buang kini direka supaya bayi lebih kering dan ia sekali gus dapat mengurangkan risiko ruam lampin. Namun, baik lampin pakai buang atau kain, yang penting ia perlu ditukar apabila basah atau dua jam sekali bagi lampin kain dan tiga hingga empat jam sekali bagi lampin pakai buang

 

•Bayi lebih cepat belajar ke tandas

 

•Lebih menjimatkan

 

•Tidak akan membebankan bumi Memang benar, penggunaan lampin kain, termasuk lampin kain kapas organik, lebih menjimatkan kerana tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Jika dijaga dengan baik, ia boleh disimpan untuk kegunaan anak seterusnya! Secara purata, bayi baru lahir menggunakan lapan hingga 12 helai lampin sehari dan berkurang kepada enam hingga lapan helai apabila berusia lapan atau sembilan bulan. Jika mahu menggunakan lampin kain, anda memerlukan sekurang-kurangnya satu hingga tiga dozen lampin. Lampin kain sepatutnya tidak bocor. Kebocoran hanya akan berlaku apabila:

 

•Lampin tidak ditukar dengan kerap. Ini adalah masalah biasa apabila ibu bapa bertukar daripada lampin pakai buang kepada lampin kain. Lampin kain perlu ditukar sekurang-kurangnya dua jam sekali atau apabila perlu

 

•Lampin dicuci dengan sabun yang kuat dan pelembut fabrik. Sesetengah sabun dan semua pelembut fabrik akan menyalut lampin supaya ia kalis air. Jika anda menggunakan lampin kain, seelok-eloknya guna air panas untuk bilasan terakhir bagi menyingkir saki baki sabun. Ia juga bertujuan membunuh kuman Persoalannya, adakah benar lampin pakai buang akan membebankan bumi? Kajian mendapati sama ada lampin pakai buang atau lampin kain, kedua-duanya memberi kesan negatif kepada bumi dengan cara berbeza.

 

Lampin pakai buang memerlukan lebih bahan mentah untuk dihasilkan dan memenuhi tapak pelupusan sampah kerana ia mengambil masa yang sangat panjang untuk hancur dan lupus. Lampin kain pula menggunakan banyak bahan pencuci, air dan elektrik untuk membersihkannya. Kajian di United Kingdom yang dijalankan Rangkaian Alam Sekitar Wanita (WEN) pada 1991 mendapati lampin pakai buang menggunakan 20 kali ganda bahan mentah, tiga kali ganda tenaga, dua kali ganda air dan menghasilkan enam kali ganda sisa pepejal berbanding lampin kain.

 

Timbul pula kebimbangan merebaknya bakteria daripada lampin pakai buang tetapi Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) menegaskan, lampin pakai buang terletak dalam kategori bahan yang selamat untuk dibuang memandangkan sistem pelupusan sampah di sana diselenggara dengan baik. Namun di negara kita ia masih menjadi kebimbangan kerana segelintir masyarakat mementingkan diri dan kurang peka terhadap isu ini apabila membuang lampin pakai buang (termasuk berisi najis) merata-rata, terutama di tempat rekreasi awam seperti sungai dan air terjun. Pilihan terletak di tangan anda. Sama ada lampin pakai buang atau kain, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting ialah, di samping memastikan anak sentiasa dalam keadaan bersih, kita perlu menjaga kebersihan tangan.

 

Apabila anda menukar lampin, alas punggung anak dengan pelapik khas. Cuci tangan dan pelapik ini setiap kali selesai menukar lampin. Jangan tukar lampin di atas lantai tanpa alas kerana anda bukan saja memindahkan bakteria ke lantai, malah boleh membuatkan air sembahyang terbatal jika terpijak bahagian ini. //hmetro

Comments ( 0 )

Jimat Wang dengan Lampin Kain Lunatots

 

MoneyMedium

Kehadiran sicomel menambahkan keceriaan dan rezeki didalam keluarga.
Namun perbelanjaan harian juga bertambah terutama untuk pembelian susu dan lampin untuk bayi.
Oleh itu ibu bapa perlu bijak membuat pilihan samada menggunakan lampin pakai buang atau memilih untuk menggunakan lampin kain.

Info : Bayi akan memakai lampin sejak hari pertama kelahirannya sehinggalah usianya anggaran 3 tahun.

(more…)

Comments ( 0 )
P1T5_nsl2

FAQ’s Lampin Kain Moden Lunatots

1.Mengapa saya perlu memakaikan lampin kain moden (cloth diaper-CD) kepada anak saya?
Lampin kain moden (CD) adalah alternatif yang mudah, selamat dan praktikal kepada ibu bapa berkerjaya yang mempunyai anak kecil.

Ia memberikan bonus penjimatan yang bukan sedikit sepanjang 3 tahun penggunaannya.

Ia juga selamat untuk alam kita dimana mengurangkan pencemaran daripada lampin pakai buang (disposable diaper) yang mengambil masa hampir 500 tahun untuk lupus. 

Terdapat sebuah kajian mengatakan pemakaian lampin pakai buang meningkatkan kadar ruam dikalangan bayi daripada 7.1% ke 61%.

P1T5_nsl2

2. Apa bezanya dengan lampin kain dulu2/seluar getah?

p5066899

Material lampin kain adalah daripada cotton dan perlu dipin menggunakan baby safety pin. Selain itu, anda perlukan seluar getah bagi menghalang air kencing bayi daripada bocor. Ianya tidak praktikal bagi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke rumah pengasuh atau nurseri kerana remeh dan mengambil masa.

Lampin kain moden (CD) adalah dari material PUL (luar) yang menghalang kebocoran,  fleece (dalam) yang lembut, selesa dan menyebabkan bayi rasa kering sementara mikrofiber insert yang diletakkan di dalam poket adalah untuk menyerap kencing bayi.
Pemakaian CD adalah serupa dengan DD dimana ianya berbentuk seluar.

how to use cd

3. Berapakah harga sekeping CD?
Lunatots CD mempunyai 2 pilihan samada snap button CD ataupun velcro CD.
Anda juga boleh memilih samada berpoket atau jenis all-in-one(AIO)
Refer link ini untuk stok yang masih available

4. Adakah insert disertakan sekali dengan CD itu?
Ya, 1 insert disertakan sekali. Bagaimanapun, anda boleh membeli lebih insert di sini.

5. Apakah perbezaan Snap Button CD dan Velcro CD? Dan yang manakah lebih bagus?
Snap Button CD menggunakan button untuk waist adjustment sementara Velcro CD menggunakan hook and loop fastener. Velcro CD lebih praktikal bagi mereka yang menghantar anak ke rumah pengasuh bagi kemudahan penjaganya. Sementara Snap Button CD (nampak) lebih tahan lama dan sesuai untuk bayi yang masih kecil dan belum lasak.

6.Bagaimana memilih saiz CD untuk anak saya?

Lunatots CD adalah one size CD dimana setiap CD mempunyai barisan butang yang boleh diselaraskan mengikut saiz.
sizecd

Bermakna, CD yang sama boleh digunakan untuk bayi anda ketika bayi sehinggalah dia belajar kencing sendiri. Lunatots CD sesuai untuk bayi berat 3 kg(newborn) sehingga anggaran berat 15kg.

7. Berapa lamakah CD ini boleh dipakaikan kepada bayi?
Pakaikan sekeping CD dengan satu insert selama 3-4 jam dan 2 insert untuk pemakaian 6-7 jam

8. Berapa lamakah jangka hayat CD?
Ianya ibarat baju dan seluar anak kita yang kerapkali dipakai dan dibasuh. Maksud saya, ianya bergantung kepada cara pembasuhan, jenis sabun, cara pengeringan dan lain lain.
Biasanya CD yang sama boleh diguna selama 2 tahun lebih dan disimpan untuk dipakaikan kepada anak yang seterusnya. Sekiranya berlaku kerosakan pada CD anda (katakan di bahagian getah peha) selepas menggunakannya selama 1 tahun atau lebih, anda boleh men-DIY sendiri :) ! Jimat kan?

9. Berapa banyakkah CD yang saya perlukan untuk seorang bayi? Dan jika saya mahu fully-CD (tidak membeli DD langsung), berapa helaikah yang diperlukan?
Anda memerlukan sekurang-kurangnya 6 CD sehari utk seorang bayi. Rujuk artikel ini untuk maklumat lebih lanjut.
Jika anda mahu fully-CD, 10 keping CD adalah memadai. Cuma jika anda mempunyai lebih (seperti 20 atau 30), anda tidak perlu membuat basuhan CD setiap hari kerana cukup stok untuk 3 hari.

cloth-diapers-pocket-diaper

10. Bolehkah saya menukar insert didalam sahaja setiap kali bayi kencing?
Tidak boleh. Anda perlu menukar keseluruhan CD dan insert dengan yang baru kerana keseluruhan CD sudah terkena air kencing bayi.

11. Apakah prewash?
Prewash ialah basuhan awal sebelum menggunakan CD bagi tujuan membersihkan CD baru. Selain itu, prewash juga bertujuan untuk ‘melatih’ mikrofiber insert yang baru untuk menyerap air. Semakin tinggi kadar basuhan, mikrofiber insert akan semakin menyerap dan risiko untuk bocor adalah rendah.

12.Bagaimanakah cara basuhan?
Terdapat 2 fasa basuhan CD. Yang pertama, CD yang terkena najis (air besar atau air kecil) perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan cara menyiram air yang banyak bagi menghilangkan bau dan bentuknya.
Selepas itu, masukkan CD anda ke dalam laundry bag dan basuh menggunakan mesin basuh.
Anda boleh refer link ini tentang cara mengendalikan lampin kain moden.

13. Bolehkah saya membasuh CD menggunakan tangan (jika tidak ada mesin basuh)?
Boleh, dengan cara merendam CD supaya warna najis hilang. Jangan sental CD menggunakan berus kerana material fleece nya akan rosak dan berbulu.
Selain itu, anda akan mengambil masa yang lama untuk mengeringkan insert yang tebal (kerana tidak di-spin)

15.Apakah sabun yang boleh atau tidak boleh digunakan?
Anda boleh menggunakan sebarang jenis sabun SEKIRANYA bayi anda sesuai (tiada ruam atau rekahan kulit).
Sebagai panduan, gunakan sabun Pureen HAD atau sabun murah yang tidak berenzim, tidak peluntur dan tidak berpelembut.

16. Bagaimana jika bayi saya masih ruam selepas menggunakan CD?

  1. Jika anda menyusukan bayi anda, kurangkan pengambilan dairy product seperti susu, yoghurt dan keju.
  2. Jika anak anda sudah mula makan, perhatikan sebarang makanan yang baru diperkenalkan yang mungkin memberi kesan alergi kepada bayi.
  3. Cuba tukarkan sabun basuh CD anak anda.
  4. Kerapkan penukaran CD daripada 3 jam kepada 2 jam sekali.

17. Mengapa CD anak saya kerap bocor?

  1. Pastikan CD anak anda sudah di prewash berulang kali sebelum digunakan.
  2. Saiz yang sesuai adalah PENTING semasa memakai CD. Sekiranya CD bayi terlalu longgar di bahagian peha, ianya akan menyebabkan kencing bayi mengalir keluar jika bayi bergerak (atau berjalan).
  3. Pastikan mikrofiber insert diletakkan elok2 dan merangkumi bahagian keseluruhan cawat.
  4. Ini adalah kes yg jarang2 berlaku tetapi perhatikan samada PUL (lapisan luar) CD anda dalam keadaan elok (tidak koyak). Sekiranya anda baru sahaja membelinya, tukarkan dengan penjual CD anda. Ianya mungkin manufacturing defect.

18. Bagaimana mendapatkan Lunatots Cloth Diaper?
Anda boleh melayari www.lunatots.com dan membeli belah secara online.Ianya mudah, cepat dan selamat. Lunatots Online Store adalah laman web yang telah beroperasi selama 2 tahun dan reliable untuk anda. Cara cara membeli belah secara online disini. Anda juga dijemput datang kerumah saya di Batu 9 Cheras untuk melihat lampin kain moden ini secara terus.

Selain itu, reseller Lunatots juga berada di serata Malaysia amnya dan Lembah Klang khususnya disenaraikan di dalam list ini

19. Apa bezanya Lunatots Cloth Diaper dengan jenama lampin kain moden yang lain?
Anda ibu bapa yang arif tentang nilai wang yang dibelanjakan dengan kualiti barang yang anda akan dapat.
Kami di Lunatots mementingkan kualiti dan after sales service. Sekiranya terdapat kekurangan dalam produk kami mahupun layanan, sila nyatakan kepada info@lunatots.com.

Selain itu, Lunatots CD adalah produk Malaysia yang boleh dibanggakan. Kami pernah muncul di majalah keibubapaan utama di Malaysia iaitu Pa&Ma(Julai 2009) dan suratkhabar Berita Minggu, 21 Jun 2009.

Produk Lunatots adalah inspirasi keibubapaan alami daripada saya sebagai pemilik, untuk anda yang kami hargai.

Sumber :

Entri ini bertujuan untuk memberi pendidikan kepada ibu bapa mengenai pemakaian lampin kain. Sekiranya anda mahu men-copy sebarang bentuk tulisan didalam web ini, hubungi Puan Suraya di info@lunatots.com dan ianya harus dikreditkan kepada www.lunatots.com. Terima kasih.

Comments ( 0 )

Tips Mengatasi Lampin Kain Bocor

Anda mahu memakaikan anak anda dengan Lunatots Cloth Diaper tetapi masalah bocor berlaku?

Semak beberapa perkara:

  1. Basuh keseluruhan CD anda (pocket pants & insert) berulang kali dengan air sahaja sebelum dipakai. Semakin tinggi kadar basuhan CD anda, semakin tinggi kadar serapannya.
    TIPS : Tuangkan secawan kecil air di atas CD kering anda dan lihat samada ianya menyerap terus ke bahagian dalam ataupun ‘terapung apung’ seperti daun keladi. Jika CD masih belum menyerap, basuh semula CD anda.
  2. Pastikan saiz CD sesuai untuk anak anda. Biar ketat, jangan longgar.
    Jika CD longgar, air kencingnya mudah ‘terkeluar’
  3. Semak sabun basuhan anda sekiranya mengandungi sebarang enzim atau pelembut.
    TIPS : Organic laundry detergent biasanya mengandungi bahan seperti coconut oil atau palm oil (minyak sawit) boleh menyebabkan  lapisan fleece anda bersifat ‘repelling’ (tidak menyerap air). Oil doesn’t mix with water, right? Elakkan penggunaan sabun mandi kerana ianya memberi efek yang sama.
    ADVICE : Gunakan LunaCare Detergent daripada Lunatots.
  4. Detergent build-up pada fleece setelah 1 tahun menggunakannya secara tegar.
    Buildup juga boleh berlaku sekiranya anda guna sabun yang terlalu banyak sebab kebanyakan sabun dipasaran sekarang ini adalah concentrated formula termasuklah formula LunaCare Detergent ciptaan kami.
  5. Sekiranya anak anda buang air dalam kuantiti yang agak banyak, sekeping mikrofiber tidak cukup untuk menampung ‘hasil’nya. Pengguna perlu letak 2 mikrofiber insert didalam bahagian poketnya.

 

Kata kata akhir – Air yang banyak dan matahari adalah ejen pembersih dan pemutih yang paling baik
Pilih sabun yang baik untuk cloth diaper anda.

Comments ( 0 )
26112009504

Tips Menggunakan Lampin Kain untuk Bayi baru Lahir (Newborn)

Bayi baru lahir atau newborn biasanya membuang air besar setiap kali lepas minum susu ibu.
Anggaran 8 ke 12 kali sehari.
Oleh itu anggaran lampin kain Lunatots yang digunakan 8 keping sehari.

Najis newborn pada awal kelahiran iaitu pada minggu pertama biasanya berwarna hijau kehitaman dan agak susah ditanggalkan.
Jadi anda digalakkan menggunakan pelapik lampin boleh lupus (biodegradable liner).

Kelebihan pelapik lampin boleh lupus (biodegradable liner) ialah :

  • Boleh dibuang didalam mangkuk tandas kerana diperbuat daripada bahan yang mudah terurai.
  • Memudahkan ibu-bapa membersihkan lampin kain yang dipakai.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Terdapat 2 jenis iaitu corn fiber dan bamboo fibre
  • Sesuai dengan semua jenis kulit dan jenis lampin

Selepas usia bayi seminggu, najisnya biasanya seakan akan susu masam yang kekuningan dan masih susah ditanggalkan.
Jadi penggunaan biodegradable liner masih disarankan.

(more…)

Comments ( 0 )

Lampin Kain Berpoket Lunatots

Jom kenali lampin kain Lunatots (Cloth Diaper) jenis berpoket

—————————————————————–

Lampin kain terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu

lunatots

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Lapisan luar yang kalis air.

2. Lapisan dalam yang lembut dan selesa untuk bahagian yang menyentuh punggung bayi.

3. Lapisan penyerap yang menyerap sehingga 3 jam. Gambar seperti dibawah.

insert (1)

Comments ( 0 )