Archive › Blog

4 PERKARA UTAMA IBU MENYUSU PERLU TAHU DI BULAN RAMADHAN

Oleh Puan Zatiha Nani Ishak,

Kaunselor Laktasi Bertauliah Lunatots.

 

20160613_095946

 

Dengar saja bulan Ramadhan, ibu menyusu pasti rasa risau tentang perjalanan penyusuan ketika berpuasa seharian. Pelbagai perkara bermain di fikiran ibu seperti, “cukup ke susu untuk anak ibu?”, bagus ke ‘kualiti susu waktu siang kalau tak makan?”, ”mesti letih nak menyusu dan berpuasa? Oh risaunya kan ibu!

Ibu usah khuatir ya. Ibu menyusu pun boleh berpuasa. Ini perkara yang Ibu perlu tahu.

 

PERKARA #1

FISIOLOGI BADAN MANUSIA

happy mother with cute newborn baby

  1. Badan ibu biasanya dapat bertahan walaupun sedang berpuasa. Sewaktu berpuasa, badan  akan mengalami metabolic adaption iaitu metabolic badan bekerja lebih perlahan di bulan puasa berbanding  bulan biasa.
  2. Ada satu ujian darah dilakukan untuk kumpulan ibu yang menyusu dan tidak dan hasil ujian tersebut mendapati –> Mereka tidak dapat membezakan imbangan kimia antara ibu menyusu dan juga tidak.
    Nah ibu tak perlu risau kan!
  3. Badan ibu akan adjust  mengikut keadaan dan masa. Jadi teruskan saja penyusuan dengan tenang dan gembira

 

PERKARA #2

PENGURUSAN MASA MAKAN YANG EFEKTIF

fb95a726b4b0090837497b2bb7a13602

  1. Bulan puasa bulan yang mengajar kita erti pengurusan masa yang efektif. Di bulan puasalah selalunya kita alert dengan masa–> Bila waktu berbuka, bila azan Zuhur, azan Asar, semua kita alert kan
  2. Ibu, pastikan berbuka di awal waktu: masuk je azan Magrib terus berbuka ya. Jangan lengah lengah ya, Ibu !
  3. Waktu sahur pula, sebaiknya bersahur di akhir waktu  untuk memaksimakan waktu pengambilan makanan dan minuman untuk ibu bertahan semasa berpuasa di siang hari.

 

PERKARA #3

MAKAN MAKANAN YANG SIHAT

Fill_up_your_health_with_colorful_fruits_and_vegetables

  1. Waktu berbuka dan sahur, ibu makan makanan seimbang dan sihat.  Mesti makan KURMA setiap hari. Kurma tinggi protein, serat, vitamin C dan potassium serta pelbagai vitamin lain.
  2. Ambil  makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index – GI) yang rendah.  GI  merupakan unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah —> sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.
  3. Minum air sebanyak 1 gelas pada waktu ini –> Air boleh jadi air kosong, air 100 plus dan air jus.
    • Waktu berbuka,
    • Sebelum dan sesudah solat Magrib
    • Sebelum dan sesudah solatIsyak
    • Lepas Tarawih
    • Sebelum tidur, masa tidur (bawa air kosong dalam bekas letak tepi katil)
    • Waktu sahur.
  4. AMARAN –>Usah hanya berbuka dengan air semata mata kerana ibu perlukan nutrien yang lengkap untuk mendapatkan kualiti susu ibu terbaik.

 

PERKARA #4

KEKALKAN RANGSANGAN PENGELUARAN SUSU

Group of Muslim women working

  1. Berpuasa bukan alasan untuk ibu tidak  dapat menyusukan atau mengepam di pejabat. Kekal mengepam 3 kali di pejabat untuk pastikan rangsangan pada hormon prolaktin untuk kekal bekerja menghasilkan susu
  2. Paling ditakuti sekiranya susu tidak dikeluarkan sepanjang hari adalah protein pengganggu (FIL) akan bekerja untuk mengurangkan penghasilan susu.
  3. Andai kata FIL sudah digerakkan untuk bekerja, susu akan berkurang dan adakalanya terus tiada. oh tidak!
  4. Kekalkan mengepam ya Ibu, ambil 15-20 minit untuk 1 sesi mengepam. 3 sesi sudah cukup di pejabat.
  5. Jika mahu tambahan, boleh mengepam selepas berbuka dan selepas sahur. ibu pasti boleh lakukannya!

Nah! bila dapat tahu begini, ibu tidak risau malah gembira dan bersemangat untuk menjayakan penyusuan susu ibu walaupun berpuasa bukan. Benarlah kata berpuasa ini bukan hanya perjuangan lapar, namun ia lebih kepada perjuangan minda dan pengurusan yang efektif.

Selamat berpuasa dengan tenang ibu ibu!
Dapatkan Milk Story untuk membantu produksi susu ibu.

13082501_1092486494105647_6285488909740681296_n

 

 

 

 

 

 

Comments ( 0 )

Let Down Reflexs

Semasa anda menyusukan bayi, rangsangan di aerola menyebabkan saraf di sekitar puting menghantar isyarat ke otak. Kelenjar pitutari merembeskan hormon oksitosin melalui pembuluh darah menyebabkan otot di sekeliling kelenjar susu mengecut dan mengalirkan susu ke saluran susu.

Inilah yang dinamakan Let Down Reflex.
Ibu akan merasa seperti nyeri/ jejarum (painful) di payudara semasa menyusukan ataupun mengepam dan susu memancut keluar dengan banyak (dapat dilihat semasa mengepam).

Bagi ibu yang baru melahirkan, mereka perlu melatih menyusukan bayi secara terus (Direct Feeding -DF) diminggu minggu awal sehingga mendapatkan Let Down Reflex yang baik.

Susu akan mengalir dari payudara yang tidak ‘diminum’ oleh bayi semasa Let Down Reflex berlaku.
Let Down Refleks juga berlaku semasa anda mendengar bayi mula menangis.

Fungsi Let Down Refleks:
– Memastikan breast dikosongkan sepenuhnya
– Baca mengenai kepentingan mengosongkan breast di sini
– Memastikan pengaliran susu yang lancar kepada bayi anda

Poor Let Down Refleks menyebabkan:
– Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya dan ia boleh membawa kepada masalah lain seperti kebengkakkan dan mastitis.
– Bayi tidak ‘seronok’ menyusu.
– Ibu tension menyusukan kerana merasakan bayi menolak payudara ibu.
– Pemberian Susu Formula.

Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan Poor Let Down Refleks, antaranya:

– Nipple Cracked dan ibu dalam kesakitan dan takut utk menyusukan
– Refer artikel tentang kepentingan proper latch on di sini
– Stress, gelisah dan tertekan contohnya jika terpaksa terkejar2 mencuri masa utk mengepam
– Jauh dari bayi contohnya jika bayi di warded di hospital dan ibu terpaksa menggunakan pam utk mengepam susu
– Pembedahan mengecilkan/membesarkan payudara yang pernah dilakukan telah merubah sebarang saraf yang normal untuk puting

Cara Melancarkan Pengaliran Susu dan mendapatkan Let Down:

– Bertenang, pasangkan muzik yang anda gemari.
– Mengepam/Menyusukan bayi anda di dalam keadaan yang selesa, sunyi dan tempat yang anda biasa.
– Banyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi anda ketika tidak menyusukan.
– Urut payudara anda dalam bentuk bulatan secara lembut selama seminit (Jangan tekan dengan terlalu kuat)
– Letakkan tuala lembab yang direndam dengan air suam pada breast atau mandi air suam sebelum menyusukan/mengepam.
– Urutan belakang untuk menggalakkan pengeluaran susu (Suami anda boleh melakukannya!)

Jika anda mengepam semasa bekerja, bawa gambar bayi anda didalam beg mengepam. Minum air dengan banyak dan teruskan pengambilan vitamin semasa mengandung. Makan makanan berkhasiat, anda tidak akan gemuk semasa breastfeeding. Anda membakar 600 kalori sehari (iaitu lebih daripada apa yang anda perlu utk mengekalkan berat sebelum mengandung.

sid12b

Comments ( 0 )

Tips Penyimpanan EBM

Antara masalah yang dihadapi oleh ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif ialah penyediaan EBM di rumah pengasuh/nursery. Bukan semua orang bersedia menguruskan EBM kerana pada mereka caranya sedikit rumit.

Hakikatnya, penyediaan susu formula jauh rumit berbanding penyediaan Expressed Breast Milk (EBM). Sekiranya mereka mengikut cara yang sepatutnya, iaitu air utk membancuh susu mestilah 100 darjah celcius utk memusnahkan kuman didalam susu tepung (dan biasanya org guna air sejuk/suam suam kuku sahaja) dan semua peralatan semasa menyediakan susu formula wajib disteril sebelum digunakan.

Berbeza dengan EBM, peralatan seperti botol dan puting hanya perlu dibasuh dengan air paip dan dijirus dengan air panas sebelum digunakan kerana susu ibu mengandungi antibodi yang dapat mencegah pembiakan bakteria.

Cara praktikal penyimpanan EBM:

1) Simpan 3 oz setiap botol supaya memudahkan pengasuh keluarkan 1 bekas setiap feeding session

2) Tempat simpanan EBM
Letak EBM anda di dalam beg sejuk (cooler bag) sebanyak 6 botol (3 oz setiap satu) supaya tidak mengganggu ruang peti ais pengasuh/nursery.

3) Pemanasan EBM
EBM harus dipanaskan dalam suhu 35-45 darjah celcius. EBM yang dipanaskan dalam suhu lebih dari 45 darjah celcius akan kehilangan zat dan nutrien nya. Hati-hati, pengasuh/nursery mungkin memanaskan EBM anda di dalam periuk dengan menggunakan dapur gas. Ini sangat tidak sesuai kerana :
– suhu yang sangat panas mematikan nutrien
– periuk yang panas boleh mencairkan bottle plastik anda dan memberi efek yg tak elok kepada EBM.

Tetapi dengan menggunakan warmer, EBM anda akan kekal 40 darjah celcius walaupun berada lama di dalam warmer itu (tiada masalah terlebih panas).

Anda perlu menambahkan air didalam warmer (utk bottle bersaiz kecil) atau biarkan begitu sahaja (untuk bottle bersaiz wide neck).

Anda perlu membeli universal adapter di kedai runcit berhampiran (berharga RM4-RM10) sebelum menggunakan warmer ini. Warmer ini sesuai digunakan di dalam kereta juga dan car adapter disediakan bersama.

Penggunaan EBM hanyalah semasa bayi berada berjauhan dari ibu sahaja. Seperti ibu bekerja, atau opah atuk bawa cucu jalan2 tanpa membawa mamanya. Apabila berada di sisi bayi, anda perlu menyusukan bayi anda secara direct.

Comments ( 0 )

Menyusukan Anak Angkat

Proses kehamilan adalah proses alami untuk badan ibu bersedia untuk menyusukan anak yang bakal lahir.
Walaubagaimanapun bagi wanita yang tidak pernah mengandung, anda masih boleh menyusukan selagi anda mempunyai payudara dan kelenjar pituitari yang berfungsi.

Induce lactation – ‘Mencetuskan Penyusuan’ atau Adoptive Breastfeeding ialah apabila ibu menyusukan anak yang bukan dikandungnya. 3 bulan sebelum : Makan pil perancang (Yasmin/Microgestine) setiap hari tanpa henti dan Domperidone (20mg/4 times per day) untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.

Apabila terdapat ‘perubahan’ pada payudara, hentikan pengambilan pil perancang dan teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu. ‘Perubahan payudara’ ialah pertambahan 1 cup pada bra ibu dan payudara terasa penuh dan berat. Ibu boleh mula memerah susu menggunakan dual pump elektrik 3 jam sekali/20 minit untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
Beri bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.

Sekiranya anda tidak menghasilkan cukup susu (setelah didiagnos doktor dan penilaian konsultan laktasi)
Cuba gunakan SNS (Supplemental Nursing System) dengan menggunakan susu yang dibekalkan oleh ibu kandung bayi ataupun susu tiruan.

Ibu akan menghasilkan susu selepas 2 ke 3 minggu proses ini berlaku dan kesannya berbeza kepada setiap individu
Susu ibu yang dihasilkan ialah susu matang yang keluar dari ibu yang melahirkan pada hari ke 10 (lebih dan kurang).

Ibu yang mencetuskan susu ialah ibu hebat.
Anda tidak menghasilkan kolustrum kerana badan anda tidak menghasilkan ‘human placental lactogen’
Susu anda berkhasiat, mengandungi nutrien, antibodi dan immuniti yang sikecil perlukan, tahniah!

Cadangan lain :

Sekiranya ibu kandung sudi menyusukan anaknya, bekalkan breastpump untuk kemudahannya membekalkan susu sepanjang sekurang2nya 1 minggu pertama bayi. Kolustrum adalah makanan pertama bayi yang terbaik. snsQuoted dari Puan Kamariah, Konsultan Laktasi “Kasih sayang itu milik Dia dan niatkan menyusu anak ini demi menambahkan kasih sayang”

Comments ( 0 )

7 helpful hints for solving breastfeeding problems

1) Breastfeeding has to be learned
Breastfeeding doesn’t necessarily come naturally. For most mothers, it has to be learned. Some babies and their mothers learn quickly, others take a little longer. So if you’re having difficulties with breastfeeding, ask for help from Lunatots. Lots of mothers have the same problem. With a bit of help, you and your baby will enjoy breastfeeding.

2) Getting baby attached properly and in the right position
Getting baby in just the right position and attached properly is important for successful breastfeeding. If feeding hurts, your baby is almost certainly not “on the breast” or “attached” properly.

3) How often does my baby need to feed
It’s best to feed whenever your baby seems hungry. When your baby is new, feed at least 8 times in 24 hours including during the night. As he grows his needs will changed and you may find that he doesn’t need to be fed as often. Your baby will go through days where he will feed more often. This is normal.

4) Do I have enough milk?
Sometimes mothers feel that they don’t have enough milk or that their milk is not good enough. Be reassured. Your milk is the perfect food for your baby. If you feel that your baby wants more, let her feed as long or as often as she likes. The more your baby sucks, the more milk you will make. Sometimes babies just need more feeds for a few days. A totally breastfeed baby is getting enough milk if he or she has six to eight pale wet cloth nappies every 24 hours or 5 heavily wet disposable, is gaining some weight and seems alert and reasonably content.

breast-feed-baby-lg

5) Sore breast and blocked milk ducts
When you first start making milk, your breasts may feel very full and uncomfortable. If a milk duct becomes blocked, your breast may become sore. The milk banks up, and part of your breast may become tender, hardened and reddish. It can be caused by your baby not sucking properly or not being well positioned at the breast, a tight bra or clothing, or over-fullness of the breast. Try feeding your baby more frequently or feeding in slightly different position. Gently massage the sore part from behind and towards the nipple during the feed and if you need to, use a cold pack afterwards. If you feel unwell or if the problems persist for more than 24 hours, you need to see your doctor.

6) Sore nipples
It’s normal for your nipples to be sensitive in the first few days of breastfeeding but they will get better. Wash them only with water, soaps or shampoo will dry them out. A little breastmilk on the nipple after each feed and allowed to air can help sore or dry nipples. If your nipples become very sore or cracked you baby may not be attaching properly when feeding.

7) Where to get help
Lunatots can help you solve your breastfeeding problems. Just like riding a bike or driving a car, it takes practise and support to learn to breastfeed. Remember, if it hurts something is not right and you may need help. Seek help early with any difficulties. We are here to help you.

Comments ( 0 )

Kecil Kerana Susu Ibu?

Pasti timbul kegusaran apabila kerap kali bayi ditegur bersaiz kecil berbanding teman seusianya. Sedangkan, doktor mengesahkan bayi anda sihat!

Usahlah anda khuatir jika bayi bersaiz kecil. Apa yang penting kesihatannya berada di tahap yang memuaskan. Buang tanggapan lapuk yang menggambarkan bayi gempal adalah bayi yang sihat. Ataupun tanggapan yang menyatakan bahawa bayi yang menyusu susu formula lebih gempal berbanding menyusu susu ibu.

Hal ini kerana tanggapan ini kurang tepat! Apatah lagi, bayi gempal sebenarnya cenderung untuk menghadapi masalah berat badan berlebihan apabila meningkat dewasa kelak. Panduan berikut mungkin boleh membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang status saiz si manja.

1) Dapatkan laporan kesihatan
Sekiranya anda risau dengan tahap kesihatan bayi, biar mereka yang pakar melakukan tugasnya! Oleh yang demikian, doktor pakar kanak-kanak merupakan individu paling tepat untuk menilai keadaan kesihatan si manja. Pelbagai aspek akan diteliti. Ini termasuklah penyusuan susu ibu, pengambilan nutrisi dan tahap keaktifan serta perkembangan bayi.
Penambahan makanan tambahan (jika bayi berumur enam bulan ke atas) mungkin boleh menjadi langkah penyelesaian pantas bagi menambah berat badan bayi. Namun, sebaik-baiknya dapatkan maklumat tepat tentang keperluan nutrisi si kecil.

2) Rujuk kaunselor laktasi
Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan: semua bayi perlu disusukan dengan susu ibu sahaja sehingga usianya 6 bulan dan penyusuan perlu diteruskan sehingga dia berumur 2 tahun. Hal ini kerana dalam 6 bulan pertama, kandungan nutrisi di dalam susu ibu merpersiapkan organ dalaman bayi untuk menerima makanan pejal apabila tiba masanya.

3) Lihat pada ketinggian
Bayi adalah individu yang berbeza antara satu sama lain. Tahap kesihatan seorang bayi tidak wajar dinilai melalui saiz badannya. Perlu anda ketahui bahawa bayi mengalami petambahan berat badan yang perlahan di tahun pertamanya kerana pada waktu ini dia begitu sibuk meneroka dunia baru mereka. Sebagai maklumat tambahan, pertambahan saiz bayi biasanya dilihat pada ketinggian mereka dan bukannya daripada berat badan.

4) Kemahiran memberi makan
Memberi anak makan adalah antara kemahiran yang perlu dipelajari oleh setiap ibu bapa. Menjadi kreatif dengan memujuk atau mencipta helah untuk si kecil pastinya mengujakan. Dalam pada itu, amalkan memberi snek berkhasiat kepada ‘askar kecil’ atau ‘puteri cilik’ anda setiap 4 jam. Jumlah makanan harian yang perlu diberi kepada si dia adalah 1/4 daripada apa yang orang dewasa makan.

Comments ( 0 )

Susu Ibu Penawar Jaundis

Tatkala bayi disahkan mengalami jaundis, ibu bapa lazimnya menyempitkan pandangan dengan beranggapan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi. Keadaan tambah teruk apabila segelintir doktor yang mengendalikan kes jaundis tidak menjelaskan maklumat secara terperinci kepada ibu bapa terlibat. Jika inilah yang terjadi, maka seharusnya anda dan suami mendapatkan pelbagai fakta kukuh untuk menenangkan perasaan gundah gulana yang dialami.

Ketahuilah bahawa hampir semua bayi baru lahir pada masa kini akan mengalami jaundis! Dalam kebanyakan kes, jaundis dikalangan bayi baru lahir dianggap sebagai proses yang normal. Kebanyakan penyelidik melalui kajian masing-masing merumuskan ia merupakan pelindung bayi daripada kesan radikal bebas oksigen.

Jaundis yang kini kerap menyerang bayi baru lahir dikenali sebagai ‘physiological jaundice’. Ia bukannya penyakit! Malah, tiada apa-apa yang perlu dikhuatiri kerana ia sama sekali tidak akan meninggalkan kesan buruk selagi paras bilirubin tidka mencecah paras berbahaya.

Bayi pramatang atau kurang berat badan, amat mudah untuk mengalami jaundis. Malah, bayi yang tidak menyusu secukupnya terutama di awal kelahiran dan tidak membuang najis dengan kerap sangat mudah mengalami jaundis. Oleh kerana itulah, amat penting penyusuan susu ibu dimulakan awal dan dilakukan dengan kerap.

Bayi mungkin memerlukan rawatan segera tetapi susu ibu perlu diberi secara berterusan. Seelok-eloknya sejurus selepas dia lahir. Kolostrum dan susu ibu yang diterima bayi akan membantunya membuang air besar. Deengan yang demikian, ia mampu mempercepatkan proses penyingkiran biliburin dari sistem tubuh bayi.

Oleh kerana kita sedia maklum dengan pelbagai keistimewaan susu ibu, bayi tidak seharusnya dinafikan untuk menerima kebaikan susu ibu. Ketahuilah, bayi yang mengalami masalah kesihatan perlu diberi lebih banyak susu ibu berbanding bayi yang sihat.

Sebelum bayi dilahirkan, dia memerlukan banyak sel darah merah untuk memperoleh oksigen daripada darah anda. Sejurus lahir, dia tidak lagi memerlukannya kerana memperoleh oksigen melalui udara. Seharusnya, sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin itu perlu disingkirkan segera daripada tubuhnya selepas lahir. Jika tidak, ia boleh diserap semula ke dalam sistem tubuh bayi.

Biliburin pula merupakan sisa sel darah yang perlu dikeluarkan daripada aliran darah oleh hati dan dibuang melalui mekonium dan najis bayi. Walau bagaimanapun, hati bayi belum sepenuhnya matang lalu menyebabkan ia tidak berupaya untuk memproses dan membuang biliburin dengan segera pada hari pertama kelahiran bayi. Atas sebab ini jugalah, jaundis biasanya berkembang pada tempoh ini.

PANDUAN MENGELAK DAN MERAWAT JAUNDIS

1) Susukan bayi sejurus selepas lahir dan sekerap yang boleh. Harus diingat! kolostrum bertindak sebagai laksatif dan kekerapan pembuangan najis akan mengurangkan paras biliburin. Pada masa yang sama pantau pembuangan air kencing dan najis bayi. Untuk lebih memahaminya, anda perlu mendapatkan maklumat tentang panduan mengetahui sama ada bayi mendapat susu yang cukup ataupun tidak.

2) Elakkan memberi bayi air! Perlu diingatkan hanya 2% biliburin dibuang melalui air kencing manakala selebihnya menerusi najis. Jika bayi diberi air, ia hanya akan memenuhkan perut bayi yang secara langsung menyebabkan dia kurang menyusu susu ibu.

3) Galakkan bayi untuk kekal berjaga dan menyusu setiap dua jam. Ini kerana jaundis akan menyebabkan bayi mudah mengantuk terutamanya jika dia menjalani rawatan terapi foto.

4) Jika bayi kerap lena ketika menyusu terus daripada payu dara dan membuang najis kurang daripada tiga kali dalam tempoh 24 jam, anda perlu mengepam payu dara setiap kali selepas sesi penyusuan dan beri dia susu perahan menggunakan sudu, picagari, cawan atau tiub penyusuan jika ada. Memandangkan bayi kerap mengantuk dan jarang menyusu sepanjang paras bilirubinnya meningkat, penggunaan pam dapat memberi ransangan tambahan bagi memastikan bekalan susu mencukupi.

5) Dedahkan bayi kepada sinaran matahari kerana ia membantu bayi memecahkan bilirubin di bawah kulitnya. Bogelkan (hanya memakai lampin) dan dedahkan dia di kawasan terlindung tetapi banyak cahaya matahari seperti anjung di luar rumah.

6) Anda perlu mengelakkan diri daripada mengambil ubat-ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor yang merawat bayi tahu jenis ubat yang anda ambil. Anda mungkin boleh berhenti mengambilnya atau mendapatkan ubat alternatif lain yang mungkin tidak memburukkan lagi keadaan jaundis bayi.

Comments ( 0 )

Rangsang Pengeluaran Susu Ibu

“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”. Ini antara rungutan biasa didengar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak. Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi terutama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangisan bayi yang disangka tidak cukup susu.

Ada pula menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu. Persoalannya, adakah benar susu tidak keluar, susu sedikit atau teknik digunakan tidak betul sehingga menyebabkan proses menyusukan anak menjadi sukar?

Jadi, amat penting mendapatkan ilmu mengenai penyusuan sebelum beralih kepada peringkat seterusnya. Maklumat ini menjadikan ibu lebih sedar mengenai masalah yang dilalui serta cara mengatasinya. Mereka juga tidak akan berputus asa dan meneruskan penyusuan eksklusif selama enam bulan, setahun seterusnya lengkap sehingga anak berusia dua tahun.

Mendengarnya seakan-akan mudah, namun tidak ramai terutama ibu berkerjaya yang baru melahirkan anak pertama mampu melakukannya dengan jaya. Ramai berhenti separuh jalan lantaran cabaran yang terpaksa dilalui serta kekangan masa yang begitu menghimpit sehingga lama-kelamaan penghasilan susu semakin sedikit dan tiada langsung.

Melalui pemerhatian, ternyata ibu mengandung yang pernah melihat atau mendengar mengenainya. Ini secara tidak langsung memberi semangat untuk meneruskan penyusuan walaupun berhadapan cabaran atau masalah.Ibu yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan boleh terus menyusukan bayi dalam kadar yang paling segera iaitu sebaik sahaja dilahirkan.

Terdapat beberapa keadaan susu ibu sukar dirangsang, antaranya dipengaruhi cara kelahiran bayi. Bayi yang kurang sedar menghadapi kesukaran merangsang susu ibu pada awal kelahiran. Ibu perlu bertenang dan terus cuba menyusukan dan pada masa yang sama, boleh mula memerah susu bagi merangsang pengeluaran susu ibu.

Ibu yang bertenang dan memahami apa yang berlaku akan lebih relaks dan ini merangsang susu ibu dengan baik berbanding ibu yang panik. Pada masa ini sokongan kaum keluarga dan pihak hospital juga amat diperlukan oleh ibu. Ibu boleh mula mengurut lembut payudara dan mandi air panas untuk merangsang pengeluaran susu.

Bagi memastikan pengeluaran susu lancar, ibu yang baru melahirkan anak perlu menyusukan bayi mereka sekerap mungkin (iaitu satu hingga dua jam sekali). Yakin dan teruskan penyusuan kerana menyusu sepatutnya adalah intuisi seorang bayi dan ia amat penting untuk merangsang pengeluaran susu ibu di awal kelahiran.

Istimewanya susu ibu kerana ia anugerah Allah yang sentiasa berubah kandungannya mengikut keperluan. Susu ibu tidak mempunyai piawaian yang sama seperti susu formula di mana kandungannya boleh ditetapkan manusia. Susu bagi bayi yang baru lahir iaitu kolustrum berbeza bentuk, warna dan khasiatnya dengan susu matang. Ia pekat dan berwarna kekuningan dan keluar ketika bayi dilahirkan sehingga tujuh hari pertama dan penuh dengan antibodi sebagai perlindungan pertama usus dan sistem tubuh badan bayi. Campur tangan makanan lain seperti air suam dan susu formula boleh mengganggu proses perlindungan bayi.

Bagi memastikan susu ibu kekal produktif, ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa makanan lain seperti susu formula sehingga anak berusia enam bulan. Pastikan ibu mengepam susu ketika bayi tidur dalam tempoh tiga jam sekali (mengikut kesesuaian dan kelapangan jadual waktu ibu).

Untuk kesan berpanjangan, semua ibu digalakkan mengambil makanan sihat yang boleh membanyakkan susu ibu seperti halba, lobak putih, sawi dan minuman bermalt serta banyakkan minum air kosong dua atau tiga liter sehari.

Bagi ibu berkerjaya, terdapat pelbagai keperluan supaya urusan penysuan susu ibu berjalan lancar. Antaranya:

1) Pam susu
Perkara paling penting menyediakan pam susu bersesuaian sama ada pam elektrik atau bateri yang boleh digunakan untuk mengepam secara serentak. Ini bagi menjimatkan masa ibu mengepam ketika di tempat kerja.

2) PLastik atau botol penyimpan susu
Plastik penyimpan susu digunakan untuk ibu menyimpan susu ibu yang diperah sebagai stok ketika bekerja. Penggunaan plastik susu akan mengurangkan penggunaan ruang dalam peti ais. Susu yang diperah ketika dalam pantang tidak boleh digunakan kecuali pada waktu kecemasan seperti ketika bayi atau ibu perlu masuk ke hospital atau keluar bekerja.

3) Beg penyejuk
Beg penyejuk dan blok penyejuk digunakan untuk menyimpan susu setial kali selepas mengepam. Beg penyejuk mengekalkan suhu sejuk susu dan membuatkannya tahan lama serta boleh terus disimpan di dalam peti ais sewaktu sampai di rumah.

4) Coli menyusu
Coli menyusu membantu mengurangkan risiko susu tersekat dengan kesalahan penggunaan coli biasa ketika menyusu. Perkara ini serius dan boleh memudaratkan. Sekiranya ibu menyusukan bayi menggunakan coli biasa, pastikan coli dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara yang tersekat dengan coli yang digunakan terutama bahagian getahnya.

5) Pemanas susu ibu
Pemanas susu ibu digunakan pada waktu siang ketika anak di bawah jagaan pengasuh iaitu selepas bayi berusia dua atau tiga bulan. Jika tiada pemanas, susu ibu boleh direndam di dalam air suam dengan suhu di bawah 40 darjah Celsius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.

Selepas menyediakan semua peralatan di atas, terdaapat beberapa perkara yang harus diikuti bagi memastikan ibu bekerja mampu menyusukan anak secara eksklusif enam bulan dan seterusnya sehingga dua tahun antaranya:

i – Menyediakan susu perahan
Mulakan mengepam sebulan sebelum bekerja (iaitu dalam tempoh berpantang) bagi membiasakan dengan teknik mengepam serta membuat stok susu. Biasakan mempunyai stok susu lebih daripada lima hari bekerja di dalam peti ais beku. Contohnya, ibu bekerja 10 jam dan bayi mungkin menyusu dua jam sekali dengan kadar dua atau tiga auns sekali minum. Ini bermakna ibu perlu menyediakan 10 hingga 15 auns sehari. Ambil purata 12 auns untuk ditinggalkan sehari, maka ibu perlu menyediakan sebanyak 60 auns susu perahan beku di dalam peti ais. Ini sekadar contoh bagi memudahkan ibu menganggar jumlah susu yang perlu diperah dan dikumpul sepanjang tempoh berpantang. Ia mungkin sedikit berbeza antara ibu dan bayi bergantung kepada keperluan bayi itu.

ii – Mengepam susu tiga jam sekali ketika bekerja
Bagi ibu menyusu dan bekerja, mereka perlu mengepam susu setiap selang tiga jam selama 15 minit sebelah payudara. Pam elektrik yang mempunyai dua corong boleh menjimatkan masa dan membantu ibu berkerjaya bertenang dan gembira semasa menyusu.
Gunakan masa mengepam untuk melihat gambar anak, berzikir mahupun berfikir mengenai perkara baik yang menggembirakan. Pasti susu mudah mengalir keluar.

iii – Simpan susu di dalam beg penyejuk
Susu perahan serta peralatan mengepam boleh simpan di dalam beg penyejuk untuk dibawa pulang ke rumah.

iv – Makan dan minum dengan sihat
Ibu menyusu perlu mengamalkan lima jenis warna makanan dalam makanan tengah hari dan makan malam. Contohnya nasi (putih), ayam goreng (coklat), sayur campur (hijau) air jus oren (jingga) dan telur (kuning).
Terdapat beberapa makanan yang senang diamalkan untuk membanyakkan susu. Antaranya ialah minuman halba bercoklat dan teh moringa. Minuman ini adalah herba yang boleh membanyakkan susu ibu dan tidak memberi kesan sampingan terhadap bayi. Ia juga boleh diambil sejak dari dalam pantang.

Comments ( 0 )

Review Pam Susu Spectra 3

Entri ini ditulis pada November 2008

Pam susu Spectra 3  adalah pam susu jenis elektrik.

Tips Penggunaan / Penjagaan Spectra 3

1. Mulakan dari sedutan perlahan kepada kuat secara perlahan-lahan sehingga mendapat sedutan yg anda selesa, dan kembalikan knob(bahagian no 2) ke kedudukan sedutan paling perlahan sebelum mematikan pam.

Ini bagi mengelakkan knob tersekat pada satu kedudukan sedutan sahaja.

Semasa memusing keminimum,hati-hati supaya tidak tercabut knob (kalau tercabut pun, hanya perlu pasang kembali sahaja-tiada masalah)

2. Elakkan memusing knob ke arah maksimum secara keterlaluan
Sebab : Terdapat bahagian yang akan patah jika anda pusing knob ke arah sedutan maksimum.
Akibat : Pam anda akan tiada sedutan dan perlu dihantar ke pusat servis.

3. Pastikan semua bahagian (no 4, 5, 6, 7 dan 8 ) dalam keadaan kering.
Sebab : Kehadiran air/wap air dalam bahagian-bahagian tersebut akan menyebabkan air tersebut termasuk ke dalam pam anda
Akibat : Boleh menyebabkan motor pam anda rosak.

4. Pastikan susu tidak termasuk ke bahagian dalam pam.
Sebab : Sama seperti tips no 3
Akibat : Juga sama seperti tips no 3
Cara mengelakkan perkara itu berlaku : Pastikan postur tubuh anda dalam keadaan tegak semasa mengepam (bukan membongkok). Perhatikan dan kawal sesi pengepaman semasa letdown refleks (susu keluar) berlaku.

5. Kerap hantar pam anda ke pusat servis
Sepanjang 6 bulan pertama, servis adalah percuma. Jadi hantarlah untuk servis.
Selepas warranty tamat tempoh, anda boleh menghantar pam anda 3 bulan sekali untuk servis.

Proses Menghantar Pam ke Pusat Servis
1. Sentiasa simpan warranty card anda. Ambil tahu yang warranty anda bermula 6 bulan dari Purchase Date yang tertulis di kad tersebut. Bagi ibu yang membeli pam semasa mengandung, tarikh warranty pam bermula dari tarikh bayi lahir. Fotokopi satu salinan mykid bersama-sama warranty card pam anda.

2.Hubungi Histopoint di 03-5631 7288 untuk mengatur proses penghantaran.

3. Proses servis/repair akan mengambil masa 1-2 minggu (bergantung kepada kadar kerosakan). Pastikan anda mempunyai pam lain semasa pam Spectra 3 anda diservis.

 

 

Comments ( 0 )

Cabaran Penyusuan Susu Ibu – Mingguan Wanita Jan 2011

Group of Muslim women working

Artikel Puan Suraya untuk Majalah Mingguan Wanita kolum Permata Hati Januari 2011

Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia ialah : Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan.

Polisi ini jelas menyatakan HANYA susu ibu SAHAJA makanan bayi untuk 6 bulan pertamanya dan penyusuan masih diteruskan sehinggga anak berusia 2 tahun. Nyata susu ibu sahaja tanpa air suam mahupun susu tambahan mampu memenuhi khasiat yang diperlukan sepanjang tumbesaran bayi.

Bila dinyatakan susu ibu adalah makanan terbaik, ianya memberikan ruang yang longgar untuk ibu bapa untuk memilih susu mamalia lain. Namun apabila ditekankan bahawa hanya susu ibu satu satunya makanan yang sesuai untuk bayi mereka, ramai ibu bapa mula memahami kepentingan susu ibu.

Kolustrum adalah susu ibu awal
Susu ibu terhasil dalam bentuk KOLUSTRUM pada minggu pertama kelahiran. Kolustrum ialah susu awal yang likat dan berwarna jernih malah terhasil dalam kuantiti yang sedikit. Ramai ibu bapa beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk bayi namun hakikatnya perut bayi yang kecil (hanya sebesar ibu jari) pada 3 hari pertama tidak memungkinkan mereka minum dengan banyak seperti yang ibubapa jangkakan. Cukuplah kolustrum yang mengandungi antibodi untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit. Kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).

Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran.

Antara tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ialah ‘menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin pada tempoh awal kelahiran’. Mengikut case study, lebih awal ibu dapat menyusukan bayi selepas melahirkan, semakin panjang tempoh penyusuan tersebut dapat direalisasikan.

Hospital Rakan Bayi juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Hospital Rakan Bayi mempunyai anggota perubatan yang terlatih dan memahami kepentingan susu ibu dimana tiada susu formula mahupun botol tiruan dibenarkan dibawa di hospital.

Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir pada hari hari awal kelahiran sahaja, berikan peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.
Sebaik sahaja ibu pulang dari hospital, cabaran lain bermula. Sokongan insan sekeliling seperti ibu bapa dan keluarga mertua amat diperlukan pada waktu ketika ini. Bayi yang baru lahir biasanya kerap menangis walau hakikatnya menangis ialah satu satunya cara mereka berkomunikasi. Malangnya kebanyakan tangisan bayi ditafsirkan sebagai lapar dan keadaan ini menyebabkan bayi diberikan susu formula atau makanan tambahan lain (seperti bijirin) bagi membuatkan mereka tidur lena.

Bayi mungkin menangis kerana lapar, takut, sunyi, lampin basah, sakit mahupun mahu mendengar suara ibunya. Susukan bayi sekerap mungkin dan elakkan pemberian minuman atau makanan asing kerana usus bayi yang masih belum matang meningkatkan risiko infeksi dan penyakit sekiranya terdedah awal dengan bendasing. Bayi yang tidur lena dan lama bukan petanda yang baik kerana ia meningkatkan risiko SIDS (Sudden infant death syndrome ) dan boleh menyebabkan bengkak susu terhadap ibu. Susukannya selang 1 ke 2 jam bagi menenangkannya sekaligus melancarkan pengaliran susu ibu yang masih belum stabil.

Cadangan kaunselor : Beri sekurang kurangnya masa 9 bulan bagi bayi menerima keadaan sekelilingnya berikutan 9 bulan beliau berada didalam perut dalam keadaan yang sunyi mungkin menyebabkannya takut dan kerap menangis.

Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya

Bagi ibu yang akan kembali berkerja selepas 2 bulan usia bayi, mereka boleh mula memerah susu pada usia bayi 2 minggu. Susu boleh diperah menggunakan tangan (dengan teknik tertentu) atau menggunakan pam susu bergred hospital. Pam yang baik menyokong ibu untuk meneruskan penyusuan kerana sedutannya yang tidak menyakitkan. Ibu boleh memerah susu semasa anak tidur atau mengepam sebelah payudara semasa menyusukan anak.
Susu yang diperah boleh dilabelkan dengan tarikh dan disimpan 3 oz satu bekas didalam peti sejuk. Susu ibu tahan selama 3 bulan didalam peti ais 2 pintu. Cadangan kaunselor : Ibu mendapatkan sekurang kurangnya 20 botol 3 oz = 60 oz sebelum kembali berkerja.
7 hari sebelum masuk berkerja, ibu boleh mula menghantar bayi ke -rumah pengasuh bagi melatih bayi minum susu ibu perahan (SIP) sewaktu ibu pergi berkerja. Ibu boleh memulakan dengan 3 jam (pada hari pertama) dan jumlah jamnya ditingkatkan hari demi hari.

Untuk hari pertama berkerja, ibu boleh meninggalkan 5 bekas 3 oz = 15 oz susu ibu untuk anak mereka kepada pengasuh. Susu ibu ini perlu direndam didalam bekas air suam sebelum diberi kepada bayi. Bayi yang minum susu ibu akan minum dalam kuantiti yang sedikit namun kerap.

Sepanjang berkerja di ofis (katakan 10 jam), ibu perlu mengepam 3 jam sekali 20 minit sebelah payudara sepanjang di ofis. Pengepaman di ofis ini penting untuk membekalkan susu kepada bayi sekaligus memberitahu badan ibu untuk terus menghasilkan susu. Ini kerana jika tiada (atau kurang) signal yang dihantar kepada badan, badan akan berdikit dikit menghasilkan kurang susu. Signal terhadap badan boleh dihasilkan dalam 2 bentuk iaitu bayi menyusu secara terus dengan ibu dan yang kedua ialah ibu mengepam selang 3 jam.

Jarak yang terlalu jauh antara tempoh pengepaman juga boleh menyebabkan susu ibu berkurangan (seperti mengepam hanya sekali sepanjang 10 jam). Makanan tambahan mahupun suntikan hormon boleh membantu penyusuan susu selagi badan menerima 2 signal yang dinyatakan seperti diatas.

Perbincangan bersama majikan adalah diperlukan bagi menjayakan penyusuan susu ibu kerana ibu perlu keluar mengepam selang 3 jam dan keadaan ini mungkin mengambil waktu berkerja. Kebanyakan majikan semakin menyedari kepentingan penyusuan susu ibu terhadap keluarga amat menyokong penuh tindakan ibu dimana mereka berbesar hati menyediakan bilik penyusuan khas untuk ibu mengepam susu.

Mengikut beberapa kajian yang dijalankan oleh jabatan human resource, ibu yang menyusukan anak lebih jarang mengambil cuti kerana anak sakit berbanding ibu yang menyusukan anak dengan susu formula. Ianya satu kelebihan untuk majikan dan syarikat itu sendiri berikutan produktiviti yang meningkat dengan penyusuan susu ibu.

Penyusuan susu ibu diketahui umum memberikan antibodi yang ada didalam badan ibu kepada bayi. Keadaan ini adalah berfaedah kepada bayi kerana sudah memiliki antibodi tanpa perlu sakit terlebih dahulu.

Ramai ibu susah hati dengan 2 tahun kerana risaukan mereka tidak menghasilkan susu yang mencukupi sepanjang tempoh itu. Sokongan suami, keluarga, pengasuh bayi dan rakan sekeliling amat diperlukan dalam menjayakan usaha ini. Bayi yang minum susu ibu tidak minum susu sebanyak bayi yang minum susu formula. Ini berikutan kuantiti 3 oz yang diminumnya untuk sekali minum adalah mencukupi untuk fungsi normal badannya. Susu ibu yang dihasilkan ibu berubah komposisinya mengikut cuaca dan usia bayi. Kebaikan susu ibu ialah ianya bersesuaian dan berkadaran langsung dengan keperluan bayi pada ketika itu.

Seperti yang dinyatakan diatas, bayi yang baru lahir dengan perut yang kecil hanya memerlukan kolustrum susu ibu yang sedikit. Malah susu ibu akan semakin banyak jika bayi semakin kerap dan banyak menyusu.
Penyusuan melalui botol (sewaktu ibu keluar berkerja) tidak dapat dijadikan kayu ukur dalam menentukan berapa banyak bayi perlu minum kerana biasanya bayi akan minum lebih banyak dari yang diperlukan. Ini berikutan ketidakbolehan mereka mengawal aliran susu daripada botol dan tindakan menggerakkan rahang melekakan mereka (lalu menyebabkan mereka menghabiskan susu dengan banyak).

Cadangan kaunselor kepada pengasuh, elakkan memberikan bayi susu pada setiap kali mereka berbunyi sebaliknya cuba tukar lampinnya, pujuk/tepuk perlahan lahan atau ajar bayi menghisap jarinya.

Pada permulaannya, penyusuan susu ibu akan sedikit rumit apabila ianya masih asing dikalangan wanita berkerjaya namun selepas beberapa bulan, ibu dan keluarga akan mula terbiasa dan merasakan kepraktikalitiannya. Ibu bapa yang sedang menantikan kehadiran cahayamata dicadangkan menghadiri Kelas Penyusuan Susu Ibu yang sering dianjurkan oleh kaunselor dan konsultan laktasi di Malaysia.

Tuntutan kerja rumah & menyusukan anak sering bertembung dan ibu akan lebih cepat berasa letih dan memberhentikan penyusuan susu ibu.

Kerana itu perhatian dan sokongan suami amat diperlukan demi meneruskan penyusuan selama mungkin. Seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran mengenai kewajipan menyusukan anak sehingga 2 tahun, kerjasama semua pihak amat dituntut.

Bagi ibu yang tidak dapat menyusukan anak (mungkin atas faktor kesihatan), mereka digalakkan mencari ibu susuan untuk menyusukan bayi mereka. Ini kerana hanya susu manusia yang bersesuaian dengan perkembangan tubuh badan dan otak bayi manusia yang mana susu mamalia lain hanya memenuhi kriteria perkembangan anak mamalia tersebut.

Mengikut Akademi Pakar Kanak Kanak Amerika, bayi yang disusukan dengan susu ibu akan mencapai pertumbuhan yang lebih cepat berbanding jika disusukan dengan susu formula. Ini kerana pertumbuhan bayi dirangsang pada setiap kali proses penyusuan berlangsung. Tahukah anda bahawa bayi menggunakan 44 otot semasa menyusu dengan ibunya berbanding 4 otot ketika menyusu dari botol? Ini menyebabkan bayi yang menyusu susu ibu lebih cepat bercakap, berpusing, meniarap, merangkak seterusnya bertatih dan berjalan. Malah jarak pandangan mata yang tercapai oleh bayi baru lahir ialah antara payudara dengan mata ibu ketika menyusu. Interaksi dan sentuhan berterusan semasa ibu dan bayi sedang menyusu menggalakkan pertumbuhan fizikal dan emosi bayi yang baik.

Penyusuan susu ibu menjadikan anda benar benar ibu bila mana hanya anda yang boleh menyusukan anak anda (semasa ibu dirumah) dan bayi disusukan dengan susu ibu biarpun ibu keluar berkerja.

Comments ( 0 )