Review Pam Susu Spectra 3

Entri ini ditulis pada November 2008

Pam susu Spectra 3  adalah pam susu jenis elektrik.

Tips Penggunaan / Penjagaan Spectra 3

1. Mulakan dari sedutan perlahan kepada kuat secara perlahan-lahan sehingga mendapat sedutan yg anda selesa, dan kembalikan knob(bahagian no 2) ke kedudukan sedutan paling perlahan sebelum mematikan pam.

Ini bagi mengelakkan knob tersekat pada satu kedudukan sedutan sahaja.

Semasa memusing keminimum,hati-hati supaya tidak tercabut knob (kalau tercabut pun, hanya perlu pasang kembali sahaja-tiada masalah)

2. Elakkan memusing knob ke arah maksimum secara keterlaluan
Sebab : Terdapat bahagian yang akan patah jika anda pusing knob ke arah sedutan maksimum.
Akibat : Pam anda akan tiada sedutan dan perlu dihantar ke pusat servis.

3. Pastikan semua bahagian (no 4, 5, 6, 7 dan 8 ) dalam keadaan kering.
Sebab : Kehadiran air/wap air dalam bahagian-bahagian tersebut akan menyebabkan air tersebut termasuk ke dalam pam anda
Akibat : Boleh menyebabkan motor pam anda rosak.

4. Pastikan susu tidak termasuk ke bahagian dalam pam.
Sebab : Sama seperti tips no 3
Akibat : Juga sama seperti tips no 3
Cara mengelakkan perkara itu berlaku : Pastikan postur tubuh anda dalam keadaan tegak semasa mengepam (bukan membongkok). Perhatikan dan kawal sesi pengepaman semasa letdown refleks (susu keluar) berlaku.

5. Kerap hantar pam anda ke pusat servis
Sepanjang 6 bulan pertama, servis adalah percuma. Jadi hantarlah untuk servis.
Selepas warranty tamat tempoh, anda boleh menghantar pam anda 3 bulan sekali untuk servis.

Proses Menghantar Pam ke Pusat Servis
1. Sentiasa simpan warranty card anda. Ambil tahu yang warranty anda bermula 6 bulan dari Purchase Date yang tertulis di kad tersebut. Bagi ibu yang membeli pam semasa mengandung, tarikh warranty pam bermula dari tarikh bayi lahir. Fotokopi satu salinan mykid bersama-sama warranty card pam anda.

2.Hubungi Histopoint di 03-5631 7288 untuk mengatur proses penghantaran.

3. Proses servis/repair akan mengambil masa 1-2 minggu (bergantung kepada kadar kerosakan). Pastikan anda mempunyai pam lain semasa pam Spectra 3 anda diservis.