Tips Menggunakan Lampin Kain untuk Bayi baru Lahir (Newborn)

Bayi baru lahir atau newborn biasanya membuang air besar setiap kali lepas minum susu ibu.
Anggaran 8 ke 12 kali sehari.
Oleh itu anggaran lampin kain Lunatots yang digunakan 8 keping sehari.

Najis newborn pada awal kelahiran iaitu pada minggu pertama biasanya berwarna hijau kehitaman dan agak susah ditanggalkan.
Jadi anda digalakkan menggunakan pelapik lampin boleh lupus (biodegradable liner).

Kelebihan pelapik lampin boleh lupus (biodegradable liner) ialah :

  • Boleh dibuang didalam mangkuk tandas kerana diperbuat daripada bahan yang mudah terurai.
  • Memudahkan ibu-bapa membersihkan lampin kain yang dipakai.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Terdapat 2 jenis iaitu corn fiber dan bamboo fibre
  • Sesuai dengan semua jenis kulit dan jenis lampin

Selepas usia bayi seminggu, najisnya biasanya seakan akan susu masam yang kekuningan dan masih susah ditanggalkan.
Jadi penggunaan biodegradable liner masih disarankan.

Cara penggunaannya ialah lapikkan biodegradable liner di atas CD bayi

26112009504

Laraskan saiz lampin kain Lunatots kepada saiz S (pelarasan cawat) dan pinggang mengikut saiz bayi anda
Penggunaan lampin kain juga selesa untuk pengudaraan tali pusat bayi yang baru lahir

26112009506

Jika bayi anda buang air besar, buang biodegradable liner yang terkena najis

Cuma perlu bilas sahaja lampin anda tanpa menggunakan sabun dan air
Penggunaan lampin kain Lunatots bukanlah beban kepada ibu biarpun ketika berpantang

01122009544

3 Tips Menggunakan Lampin Kain untuk Bayi baru Lahir (Newborn) ialah :

 

1. Guna Lampin Kain Jenis Velcro

Lampin kain dengan larasan velcro lebih mudah untuk larasan saiz kerana ianya boleh dilaraskan sehingga saiz paling kecil berbanding lampin kain larasan butang.

Untuk satu ke dua minggu pertama, lampin kain yang digunakan mungkin nampak agak besar walaupun setelah butang dilaraskan.

Namun oleh kerana bayi hanya tidur dan tidak bergerak dengan banyak, penggunaan lampin kain adalah sesuai untuk mereka dan sekiranya lampin kerap ditukar, ia tidak akan bocor sekaligus menyebabkan kawasan tidurnya menjadi basah.

Maklumat lanjut mengenai lampin kain dilink ini

2. Alas dengan Pelapik Lampin

Terdapat 2 jenis pelapik lampin Lunatots iaitu pelapik lampin  boleh lupus (biodegradable liner) dan pelapik lampin boleh basuh (washable liner).

Fungsinya membantu lampin kain anda daripada terkena najis bayi baru lahir yang agak sukar ditanggalkan.

Maklumat mengenai  pelapik lampin  boleh lupus (biodegradable liner) disini
Maklumat mengenai  pelapik lampin boleh basuh (washable liner) disini

 

3. Biarkan Bayi Tidur Terlentang

Bayi baru lahir mempunyai kaki yang kecil dimana mungkin terdapat ruang dibahagian kakinya biarpun lampin sudah dilaraskan ke saiz S.

Oleh itu sekiranya bayi tidur mengiring, kemungkinan air kencing untuk mengalir keluar melalui ruang tersebut adalah tinggi.
Namun sekiranya bayi tidur terlentang, air kencingnya lebih mudah diserap lampin.

Dengan cara yang betul, kami pasti bayi anda selesa menggunakan lampin kain Lunatots.