Mitos Tentang Lampin Kain Bayi

Penggunaan lampin kain memberi keselesaan dan selamat kepada kulit bayi dan alam sekitar. Ibu bapa berkerjaya kini mempunyai lebih ruang dan pilihan dalam memberikan yang terbaik untuk anak tersayang.

Namun ramai ibu bapa yang mempunyai mitos tersendiri mengenai penggunaan lampin kain moden. Lalu menyebabkan mereka menolak daripada menggunakannya kepada bayi masing-masing.

Mitos 1

Lampin kain moden tidak sesuai dengan keadaan ibu bapa berkerjaya seperti anda.

Hakikat

Lampin kain moden sangat mudah dikendalikan. Tambahan pula, Lunatots menyediakan carta pemakaian lampin yang membolehkan anda menganggar jumlah lampin yang bakal digunakan oleh bayi dalam tempoh sehari. Jadual berkenaan turut sesuai digunakan oleh pengasuh anak-anak sewaktu anda keluar berkerja.

* Jadual ini hanya sebagai anggaran bagi bayi berusia dua bulan ke atas dan bergantung kepada berat bayi dan kekerapannya membuang air kecil dan besar.

Mitos 2

Lampin kain moden mahal

Hakikat

Lampin kain moden sangat menjimatkan perbelanjaan keluarga.

Bagi anda yang memilih untuk menggunakan lampin pakai buang kepada bayi, sedikit sebanyak pasti mengakui bahawa penggunaannya menyebabkan anda menanggung beban kewangan. Anggaran sehelai lampin pakai buang bernilai RM 1 dengan keperluan menukar lampin sebanyak enam kali sehari menjadikannya RM 2190 perlu dikeluarkan daripada poket anda untuk tahun pertama selepas kelahiran bayi.

Selanjutnya RM 6570 merupakan wang yang perlu dibelanjakan untuk membeli lampin pakai buang selama tiga tahun iaitu sepanjang anak anda menggunakan lampin.

Oleh sebab itulah, dengan penggunaan lampin kain moden dapat membantu ramai di kalangan anda berjimat. Anggaran harga sehelai lampin kain moden Lunatots ialah RM 50. Sekiranya lampin yang dibeli ialah 12 helai (di mana enam helai digunakan untuk tempoh sehari) maka jumlah pelaburan ialah RM 600.

Ketahuilah, 12 keping lampin ini, boleh digunakan selama tiga tahun. Malah, boleh turut digunakan untuk anak kedua dan seterusnya. Dalam pada itu, pastikan anda mendapatkan lampin kain moden yang berkualiti dan mempunyai tempoh jaminan dan khidmat nasihat seperti di Lunatots.

Besar bezanya RM 6570 dengan RM 600 bukan? Anda dapat berjimat hampir 100% dengan penggunaan lampin kain moden.

Mitos 3

Tiada masa membasuh lampin kain moden

Hakikat

Membasuh lampin kain moden amat mudah. Apa yang pasti, perlu dimaklumi bahawa anda tidak perlu membasuh lampin kain moden setiap kali selepas ia digunakan. Anda hanya perlu masukkan lampin kain moden ke dalam baldi kering bertutup di dalam bilik air dan bilas kesemua lampin tersebut semasa mandi.

Bagi lampin kain moden yang terkena najis, sembur najis tersebut dengan air mencukupi di dalam mangkuk tandas. Seterusnya bilas lampin berkenaan dengan air sahaja sehingga hilang bau dan najis. Material lampin kain moden memudahkan najis dan warna najis yang melekat ditanggalkan tanpa perlu disental dengan kuat.

Selepas beberapa helai lampin dibilas dengan bersih, masukkan kesemuanya ke dalam beg basuhan (laundry bag) sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Penggunaan laundry bag bertujuan menjaga kualiti butang lampin kain moden. Gunakan sabun pencuci yang sesuai bagi mengelakkan kulit bayi menjadi ruam atau merosakkan material lampin kain moden. Elakkan juga penggunaan pelembut dan peluntur pakaian kerana ia boleh menjejaskan daya serapan lampin kain moden.

Setelah itu, jemur lampin kain moden sehingga kering sama ada di ruang tamu (bagi anda yang bekerja) atau di bawah anjung yang tidak terkena cahaya matahari secara terus. Lampin akan kering dengan cepat dan sedia untuk digunakan semula berulang-ulang kali.

Tip permulaan kepada sistem lampin kain moden

Sekiranya anda membuat pilihan di antara lampin fitted, berpoket, prefold (siap berlipat) atau All In One (AIO), anda perlulah mengambil kira perkara berikut:

  1. mencuba pelbagai jenis lampin mengikut fungsinya
  2. mungkin perlu mencuba satu, dua ataupun tiga jenis lampin kain moden terlebih dahulu agar mudah membandingkan penggunaannya mengikut keperluan bayi anda.
  3. jika anak ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh ketika keluar bekerja, anda boleh menggunakan AIO bagi memudahkan pengasuh menukar lampin bayi anda.

*info tambahan

Lampin kain telah lama digunakan iaitu sejak tahun 1800-an lagi iaitu sebelum bermulanya pengenalan terhadap penggunaan lampin pakai buang di seluruh dunia pada tahun 1950.